Followers

Tuesday, June 29, 2010

pc meragam..

dah seminggu pc ni meragam tak bole download gambar dari kamera untuk nak masuk gambar lauk pauk nak di buat N3..kat sini akak bagi resepi dulu..bilapc dah ok akak masuk gambar plak..

kambing bistik

1kg daging/tulang kambing(rebus empuk dulu)
2 pokok daun ketumbar
3 btg serai (sebatang ketuk,2 kisar)
2 bj bawang besar(kisar)
6 ulas bawang putih(kisar)
sedikit lengkuas dan halia(sikit je tau)
cili kisar 2 sudu
lada hitam kisar
satu sudu ketumbar dan 2 jintan tu. kisar.

sos tomato 4 sudu
sos tiram 2 sudu
kicap 2 sudu

cara2
tumis bahan kisar masukan semua sos. masuk daging/tulang yg dah direbus empuk. masuk daun ketumbar. masak hingga pekat. tambah garam dan gula.

kalau nak letak rempah tumis pun bole..makan ngan roti pun sedap. selamat mencuba..

Tuesday, June 22, 2010

pengumuman..!!

Buat pengetahuan sume..bermula julai ini, kelas masakan akan dibuat atas permintaan sahaja sbb akak terlibat dalam satu projek mega yg akan diberitahu kemudian. Projek tu atas sokongan seorg chef terkenal..TUNGGUUU..so.. sekiranye ada permintaan untuk kelas, call untuk arrange masa dan tarikh yg sesuai untuk buat kelas..walau bagaimana pun menu dan gambar masakan terkini tetap akan menemani anda sume..harap maklum.

nasi ayam fathers day..


fathers day aritu ingat nak masak special sikit tapi malas lak nak kuar cari bahan..sudahnye yg menjadi nasi ayam yg mudah ni je..anak2 ngan bapak dia memang suka nasi ayam. percaya atau tak, nasi ayam kali ni tak letak bawang besar pun sbb kehabisan tapi menjadik gek..resepi dibawah..
nasi ayam asal buleh
1 ekor ayam
1 inci halia
3 ulas bawang putih
kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih
hiris je halia, bawang putih..rebus dengan ayam bahan kat atas tadi. air rebusan biar lebih sikit.
satu mangkuk beras
satu mangkuk air rebusan ayam
garam sikit jek
masak nasi mcm biasa
ayam yg rebus tadi tambah kunyit dan garam sikit dan goreng..
sos
1 biji tomato
2 biji bawang putih
6 biji cili merah
garam, gula, air asam jawa
kisar semua dan rasakan
selamat mencuba..

Monday, June 14, 2010

Thursday, June 10, 2010

apa khabar......

terlebih dahulu akak nak mintak maap bebanyak sbb dah lama tak update blog. walaupun gitu masih tak putus2 blog yg tak seberapa ni terima kunjungan dari yg minat..terima kasih bebanyak..oleh itu sebagai penghargaan dari akak kali ini akak akan kongsi satu resepi turun temurun keluarga akak. nak tau jom tengok.......

sambal goreng ni kalau time raya wajib ada kat umah. malah sebulan sekali mesti buat lawan dengan nasi ambeng. kalau makan ketupat takde sambal goreng ni tak syok......

sambal goreng jawa.

bahan2
tahu, tempe, kentang, kacang panjang, perut lembu @ babat dan tetel (rebus hingga empuk dulu).
semua dicincang kecil dan digoreng dulu kecuali kacang panjang.

bahan tumis
cili hijau, cili merah, cili api kalau suka pedas, bawang besar, bawang putih, halia, ikan bilis kopek,
hiris ikut suka.

bahan utama
kicap manis, air asam jawa, garam, gula.

untuk bagi menarik
tahu kering dan soon. rendam dan gunting.

cara2
tumis bahan untuk tumisan hingga naik bau. kemudian masukan kacang panjang yg dihiris tu. goreng kejap pastu baru masukan bahan yg digoreng. kacau sebati. jgn lupa tahu kering dan soon. last masukan kicap manis, air asam jawa, garam(sekiranye perlu) dan gula. kalau kicap dah terasa masin tak payah letak garam lagi.
selamat mencuba.

related post

Labels