Followers

Thursday, April 1, 2010

ROTI GORENG


semalam macam malas nak makan nasi, so bila pak aji dah nak balik kelam kabut le memasak. teringat resepi roti goreng eila. kebetulan ada plak roti prancis 2 batang....apa lagi....cuma kalau eila punye siap ada sayur dan ayam, akak punye cuma ada telur dan ikan bilis. dah tak sempat nak cairkan ayam...itulah hasilnya....senang je buatnye tak sampai 15 minit....cuba la...

roti ikut suka nak banyak mana dan potong2
1 biji bawang merah mayang
2 biji bawang putih ketuk dan cincang
sedikit ikan bilis untuk perasa
cili ikut suka nak pedas letak banyak
telur pun ikut suka nak sedap letak banyak.
pecahkan telur dan campur sekali garam dan sedikit gula. pukul dengan garfu.

tumis bawang putih, merah, cili, ikan bilis hingga naik bau. masukan roti, kacau sebati dlm kuali selepas tu masukan telur dan kacau hingga masak.

related post

Labels