Followers

Thursday, September 16, 2010

lagi juadah berbuka ..

murtabak daging
ciskek buat buka puasa
gulai ayam dimakan dengan nasi panas2
bubur lambuk..buat ni masa mlm khatam Quran..

Saturday, August 28, 2010

roti kacang pool..

kuah daging..
roti bawang putih..

resepi yg paling simple

daging cincang 1 pkt ( yg Ramly punye tu)
satu biji bawang besar kuning
3 biji bawang putih
1 sudu lada hitam
2 sudu rempah kari
1 sudu rempah kurma
1 tin kacang panggang
sedikit hirisan daun bawang

tumis bawang besar, putih sampai naik bau. masukkan rempah kari dan kurma, lada hitam, daging cincang. kacau rata hingga masak. masukkan kacang panggang dan daun bawang. last perasakan dengan garam dan gula..sekiranya cair tambah sedikit air tepung gandum.
masak sampai pekat dan bole cicah ngan roti..
untuk tambahan - telor goreng separuh masak, limau kasturi dan hirisan cili..

selamat mencuba..

Tuesday, August 24, 2010

cara buat tepung goreng yg rangup

tepung goreng rangup

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
3 sudu tepung jagung (kalau ada)
1 sudu air kapur
garam dan sedikit black pepper( kalau goreng cempedak takyah letak)

bancuh sume tapi jgn cair atau pekat sgt..sedang2 je..cubala...

sekiranye kuih gorengan tu tak abis dan nak dimakan esoknye, kalau malas nak goreng masuk dlm oven dan bakar sekejap pun dia akan rangup semula..

sebahagian dari menu sahur dan berbuka..

sambal udang..
cempedak goreng..
ayam ros..

Tuesday, July 27, 2010

jamu mata je ye...

cheese kek tempahan kekawan..
asam rebus kepala mayong..
piza segera..

Thursday, July 15, 2010

telur goreng bilis..

kalau kat dapur cuma ada telur sbb tak sempat nak ke pasar beli ikan, ni ada cara nak jadikan telur satu lauk yg enak..
beberapa bj telur ayam
cili merah/hijau/cili api
ikan bilis
bawang besar
kicap manis

goreng telur mata lembu ke kerbau ek..dah lupa..
hiris cili, bawang besar. goreng ikan bilis garing2. tumis bawang dan cili hingga layu. masukkan ikan bilis garing tadi dan kicap secukupnye. tuang atas telur tadi..

bole la di makan bila2 je..

daging black pepper

daging black papper..
1kg daging batang pinang (kalau daging yg biasa pun bole tapi kena rebus dulu sampai empuk)
1 bj bawang besar - mayang
3 bj bawang putih - ketuk je
1/2 inci halia - pun ketuk gek
sikit kicap
cili dihiris jika suka
daun bawang secukupnye - potong kasar
black papper secukupnye tapi kalau bole yg kisar sendiri baru 'kick'..
garam secukupnye

tumis bawang besar, putih, halia sampai naik bau. masukkan black pepper, kicap dan daging. goreng sampai masak. tambahkan garam, cili, daun bawang. kacau dan dah siap. bole le makan..

rindu dapur ku..

rindunye ngan dapur ckretresepi..pasal sibuk ngan event sana sini sampai tak berasap dapur ckretresepi (tapi dapur umah berasap tau)..ni ada sajian yg paling mudah utk ibu2 yg paling sibuk dan yg penting paling sedap dimakan dengan nasi panas2..
"gorengan" ikan susu (ikan lain pun bole)

senang je..

bole guna ikan apa2 cth ikan kembung, selar, tamban, ikan masin, ikan siakap pun bole..
cili merah dan hijau 2-3 bj - hiris (kalau nak pedas pakai le cili api)
bawang besar 1 bj -mayang
sikit garam dan gula

gaul ikan dgn garam, kunyit dan lada hitam (ikut suka). goreng ikan sampai garing seperti biasa.
tepikan. tinggalkan sikit minyak goreng ikan dlm kuali. tumiskan cili dan bawang. tak payah layu sgt. perisakan sikit garam dan gula. tuang atas ikan goreng tadi.
selamat mencuba..

Sunday, July 4, 2010

lari tajuk sikit..

jgn terkejut ye..bukan kita nak makan DR Azizan. akak nak promo sikit tentang kelebihan attend ke mini seminar "Hidup Luar Biasa"..minggu ni adalah minggu terakhir road tour program ni dan tak tau bila lagi DR akan buat. so, kalau rasa nak ubah hidup dari yg "biasa-biasa" kepada "Luar Biasa"..cth dari "window shopping"(tengok tapi tak beli2) ke "everyday shopping"(nak beli apa pun bole)..jom ikut serta.

minggu ni diadakan pd 6/7 di Batu Pahat, 7/7 di Melaka dan LAST di JB 11/7. tempahan tiket bole di buat dgn menghubungi akak 0197419658 atau suami akak 0197550154. tempat sgt,sgt,sgt terhad..

percayalah..!! kalau tak kita yg ubah kehidupan kita, siapa lagi nak tolong ubah..dan akak dah merasakan perubahan itu dan sekarang hidup lebih kaya dan berjaya..

Saturday, July 3, 2010

lagi gambar yg dah lama simpan..

ni roti rangup..tah nape tiba2 je tekak rasa nak makan sesuatu yg manis tapi rangup..
kalau bakar lama lagi rangup..resepinye senang je..

roti putih 3-4 slice (gunting ikut suka)
3 bj telor
3 sudu tepung gandum
1 sudu tepung beras
gula secukup rasa dan sikit je garam untuk naik rasa
susu cair atau santan 1 cawan
air kosong 1 cawan
vanilla atau pandan untuk perasa..
masuk telor, tepung2, susu cair atau santan, air,garam, gula, perasa dlm blender. blen sampai sebati. roti yg dah gunting susun dlm loyang(bukan loyangkuih leen ye) tuang adunan atas roti. ratakan dan bakar rangup..

selamat mencuba..

part hias menghias akak memang kureng, menang cik mat gebu agi..

gambar bistik kambing..

ni le bistik kambing yg dibuat aritu..
dah try ke lum resepi tu..??

Tuesday, June 29, 2010

pc meragam..

dah seminggu pc ni meragam tak bole download gambar dari kamera untuk nak masuk gambar lauk pauk nak di buat N3..kat sini akak bagi resepi dulu..bilapc dah ok akak masuk gambar plak..

kambing bistik

1kg daging/tulang kambing(rebus empuk dulu)
2 pokok daun ketumbar
3 btg serai (sebatang ketuk,2 kisar)
2 bj bawang besar(kisar)
6 ulas bawang putih(kisar)
sedikit lengkuas dan halia(sikit je tau)
cili kisar 2 sudu
lada hitam kisar
satu sudu ketumbar dan 2 jintan tu. kisar.

sos tomato 4 sudu
sos tiram 2 sudu
kicap 2 sudu

cara2
tumis bahan kisar masukan semua sos. masuk daging/tulang yg dah direbus empuk. masuk daun ketumbar. masak hingga pekat. tambah garam dan gula.

kalau nak letak rempah tumis pun bole..makan ngan roti pun sedap. selamat mencuba..

Tuesday, June 22, 2010

pengumuman..!!

Buat pengetahuan sume..bermula julai ini, kelas masakan akan dibuat atas permintaan sahaja sbb akak terlibat dalam satu projek mega yg akan diberitahu kemudian. Projek tu atas sokongan seorg chef terkenal..TUNGGUUU..so.. sekiranye ada permintaan untuk kelas, call untuk arrange masa dan tarikh yg sesuai untuk buat kelas..walau bagaimana pun menu dan gambar masakan terkini tetap akan menemani anda sume..harap maklum.

nasi ayam fathers day..


fathers day aritu ingat nak masak special sikit tapi malas lak nak kuar cari bahan..sudahnye yg menjadi nasi ayam yg mudah ni je..anak2 ngan bapak dia memang suka nasi ayam. percaya atau tak, nasi ayam kali ni tak letak bawang besar pun sbb kehabisan tapi menjadik gek..resepi dibawah..
nasi ayam asal buleh
1 ekor ayam
1 inci halia
3 ulas bawang putih
kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih
hiris je halia, bawang putih..rebus dengan ayam bahan kat atas tadi. air rebusan biar lebih sikit.
satu mangkuk beras
satu mangkuk air rebusan ayam
garam sikit jek
masak nasi mcm biasa
ayam yg rebus tadi tambah kunyit dan garam sikit dan goreng..
sos
1 biji tomato
2 biji bawang putih
6 biji cili merah
garam, gula, air asam jawa
kisar semua dan rasakan
selamat mencuba..

Monday, June 14, 2010

Thursday, June 10, 2010

apa khabar......

terlebih dahulu akak nak mintak maap bebanyak sbb dah lama tak update blog. walaupun gitu masih tak putus2 blog yg tak seberapa ni terima kunjungan dari yg minat..terima kasih bebanyak..oleh itu sebagai penghargaan dari akak kali ini akak akan kongsi satu resepi turun temurun keluarga akak. nak tau jom tengok.......

sambal goreng ni kalau time raya wajib ada kat umah. malah sebulan sekali mesti buat lawan dengan nasi ambeng. kalau makan ketupat takde sambal goreng ni tak syok......

sambal goreng jawa.

bahan2
tahu, tempe, kentang, kacang panjang, perut lembu @ babat dan tetel (rebus hingga empuk dulu).
semua dicincang kecil dan digoreng dulu kecuali kacang panjang.

bahan tumis
cili hijau, cili merah, cili api kalau suka pedas, bawang besar, bawang putih, halia, ikan bilis kopek,
hiris ikut suka.

bahan utama
kicap manis, air asam jawa, garam, gula.

untuk bagi menarik
tahu kering dan soon. rendam dan gunting.

cara2
tumis bahan untuk tumisan hingga naik bau. kemudian masukan kacang panjang yg dihiris tu. goreng kejap pastu baru masukan bahan yg digoreng. kacau sebati. jgn lupa tahu kering dan soon. last masukan kicap manis, air asam jawa, garam(sekiranye perlu) dan gula. kalau kicap dah terasa masin tak payah letak garam lagi.
selamat mencuba.

Monday, May 24, 2010

kelas untuk musim cuti sekolah....


dah lama tak makan mee kari. aritu sume bahan memang yg ado kat dapur, so jadi le....tak sampai 1/2 jam dah siap.

untuk musim cuti sekolah ni mari kita buat aktiviti yg sihat. jom sertai kelas akak sbb banyak tips2 dan free gift yg akan anda dapat untuk dibawa pulang.....untuk jadual sila rujuk ruangan sebelah......tq.

Wednesday, May 19, 2010

lagi gambar kursus coklat....



akak pegi kursus asas pembuatan coklat sekadar menambah ilmu....belajar dengan seorg chef yg sangat berpengalaman dlm apa jua bidang masakan terutamanya coklat sangat2 menyeronokan...
chef amer kata sekiranya ada permintaan untuk kelas coklat di JB dia akan turun...agak2 ada tak yg nak?....

kursus asas pembuatan coklat bersama Chef Amer..



Wednesday, May 12, 2010

resepi sate....

aritu sempat post gambar sate je tapi resepi tak smpt. arini akak bagi resepi sate yg paling mudah nak buat di rumah....

sate ayam/daging

1kg daging/isi ayam dipotong kecil
3 btg serai
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm kunyit hidup ( kalau takde serbuk kunyit pun bole)
1 cm lengkuas
2 sudu ketumbar biji
2 sudu jintan kasar
1 sudu jintan halus

sume bahan kat atas ni kisar sekali. jgn banyak sgt air ye.....

tuang dlm daging tadi dan tambahkn garam, gula, dan sedikit cuka (dlm satu sudu teh untuk nak bagi empuk) gaul rata dan perap le berapa lama yg korang suka. kalau malas nak cucuk, buat sate goreng je pun bole. letak sikit minyak dlm kuali dan masukan daging, goreng sampai masak atau garing. daging ni kalau dah kasi rencah simpan dalam esbok letak kat bawah pun tak rosak dlm seminggu tahan. kalau nak makan tinggal goreng je......

kuah kacang
kacang tanah Rm2 goreng dengan minyak pun bole, kalo rajin sangai.....
kisar dengan air terus pun bole atau nak kisar kering pun bole, ikut rajin....tepikan dulu...
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
cili kering kalau nak pedas letak lebih
kisar sume bahan diatas, cuma kalau ada yg suka bole letak udang kering tapi kalau tak letak pun bole....
2 batang serai diketuk je

panaskan minyak dan goreng serai ketuk hingga naik bau. kemudian masukan bahan kisar tadi. goreng hingga garing atau naik minyak....baru masukan kacang kisar. tambah garam, gula dan air asam jawa. masak sampai naik minyak...kalau manis sikit pun sedap.....

sate goreng dah jadi makanan wajib kat umah bila kita tau buat dengan cara yg senang...selamat mencuba.....

Tuesday, May 11, 2010

sedapnye sate.....












sate masa jamuan mother's day kat umah adik...lupa plak nak amik gambar kuah kacang.....

Monday, May 3, 2010

nasi baryani hasil air tangan ika, sarah dan iza.....
daging baryani.....
kitorg buat ayam goreng berempah je tapi kalau nak tukar jadi ayam bercili pun kena dengan nasi baryani.....

Sunday, May 2, 2010

NASI BARYANI YG DIMASAK PESERTA...

dalca tetel ni dimasak bersama2 oleh peserta......
acar tumis.......

SEKITAR KELAS MASAKAN DAPUR CKRETRESEPI 2/5 LALU....

iza dari pulai indah...."selalu rasa susah nak masak nasi baryani tapi arini rasa senang pulak......" dan dah siap tapau.....
yg mencatit, mencatit....yg memasak, memasak....belajar secara praktikal....lepas tu balik umah baru konpiden nak masak.....anyway tima kasih pada ika, sarah dan iza sbb datang kelas kali ni...

Wednesday, April 28, 2010

NASI LEMAK......

nasi lemak buah bidara.....
sambal sardin kegemaran aslam....
adik tak suka timun.....
abang bedal sume sekali.....di kelas dapur ckretresepi ada kami ajar memasak nasi lemak dengan cara yg mudah....

related post

Labels