Followers

Tuesday, July 26, 2011

sekitar kelas coklat Chef Amer lalu..

sukenye..
kelas hari Ahad 17/7/2011
belajar apa itu coklat..
kelas hari Sabtu 16/7/2011

Thursday, June 2, 2011

Chef Amer datang JB..

Chef Amer turun JB!!!.."TEROKAI RAHSIA PEMBUATAN COKLAT SEHARI BERSAMA CHEF AMER" di bawakan khas oleh Rich Matrix Resources ( dapur Rahsia Memasak Dengan Mudah). Pada 16 @ 17 hb JULAI 2011 di Tmn Sri Pulai Perdana, Skudai, JB. Untuk booking tempat sila hubungi 019 7550154/019 7919696 dengan segera..!! tempat adalah terhad..!!!!!
kelas coklat bersama chef amer ni adalah yang ter "hot" masa sekarang ni sbb dah nak musim jual kuih raya..jom datang kelas chef amer..

Tuesday, May 17, 2011

CHEF AMER akan berada di Johor..

minggu lepas akak ke KL melawat Akademi coklat Chef Amer Hamzah, Pakar Coklat Terkenal tu dan dalam perbincangan kami, Chef Amer telah melapangkan masanya pada 16(sabtu) dan 17(ahad) JULAI 2011 untuk datang ke johor.
kursus asas teknik pembuatan coklat sehari bersama Chef Amer akak promosikan sebagai "KURSUS ASAS TEROKAI RAHSIA COKLAT SEHARI BERSAMA CHEF AMER, PAKAR COKLAT TERKENAL".

nantikan promo yg penuh dan lengkap pada minggu depan..

Thursday, May 5, 2011

rendang ayam kampung

resepi rendang yg paling simple

1 ekor ayam kampung (kalau bole yg sedang2 so tak liat sgt)
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1/2 inci halia
1/4 kunyit hidup
2 btg serai
segenggam cili padi (kalau suka pedas tapi kalau tak suka guna cili kisar 1 senduk)
1 sudu ketumbar
1 sudu jintan halus
1 sudu jintan kasar

bahan kat atas tu masuk dlm blend dan blend sampai halus..

air asam jawa
santan pekat
garam dan gula secukupnya..

cara2

tumis bahan kisar hingga naik bau. masukkan ayam yg telah dipotong dan dicuci.
rebus dulu ayam dengan bahan tumis tanpa garam (kenapa tanpa garam? nak tau kena datang kelas) hingga empuk. bila dah empuk
ayam tu, masukkan santan, asam jawa, garam n gula secukup rasa..
masak lagi hingga sebati rasa dan kuah pekat, dan bole la makan..

Thursday, April 14, 2011

berita..

nasi lemak rendang ayam tapi takde timun..
ayam yang dah kena cuil..
ayam black pepper home made fresh punyer..

ayam black pepper

1 ekor ayam (tak payah potong, buang isi dlm, cuci dan tepikan)
1 biji bawang besar holland
5 ulas bawang putih
1 inci halia
RM 2.00 black pepper (lebih banyak lebih sedap)
bahan kat atas tadi tu kisar dan tuang kat ayam tadi.

bahan lain
sos tomato 1 sudu
kicap pekat 1 sudu
kicap cair 1 sudu
sedikit serbuk daun parsley
garam dan gula secukupnya

gaul sume bahan tadi dan perapkan selama 1 jam sebelum di "ungkep"-jawa. melayunya rebus dgn air sedikit dan ditutup rapat dan api kecik. bila ayam telah masak, masukkan dlm loyang dan bakar dlm oven hingga garing atau bole jugak goreng dlm kuali. kuah ayam tadi masak hingga pekat dan tuang atas ayam yg telah di panggang atau di goreng..
selamat mencuba..

Sunday, April 10, 2011

bulan buzy..


salam enak,

dah settle bengkel "AWI 2"..alhamdulillah lancar. pasni tumpu pada projek booth kat ikim FM
di johor land, bandar dato' on. pada 22-24 april ni. harap lebih lagi sambutan pada kelas masak, bengkel dan produk akak. tapi untuk tak mengecewakan korang kat sini akak sertakan resepi donat gebu untuk yang nak buat makan sendiri atau nak jual sbb donat ni tahan lembut sampai esok..insyallah..

1 kg tepung gandum
1 paket serbuk mauripan (bancuh sikit air sejuk)
1 sudu teh baking powder
1 biji telor
3-4 sudu margerin
2 sudu minyak masak
3 biji kentang yg dah direbus dan dileyek
air suam panas secukupnya yg dah dibancuh dengan
3 sudu gula dan 1 sudu garam atau ikut secukup rasa..

mula2 gaul dulu margerin, minyak, kentang, baking powder sampai sebati. pastu masuk telor dan mauripan.
gaul lagi sampai sebati. last baru uli pakai air suam panas hingga adunan bole di canai. biarkan naik dulu. bila dah naik baru canai ikut bentuk yg kita suka..biarkan seketika dan goreng dengan api sederhana..

selamat mencuba..

Friday, April 1, 2011

makan malam..

penyegar mulut..tembikai susu..
telur ikan sebelah yg belum dituang kuah..
ikan goreng yg belum berkuah..
ikan masak black pepper..jemput makan..

sekitar kelas ciskek..

sedang topping ciskek..
yg dah siap..
yg dlm oven..
peserta yg buat sendiri..pasti menyeronokan..
balik umah compom dah leh buat..

Wednesday, March 30, 2011

baryani johor

nasi baryani..
dalca..
daging baryani..
ayam serai..
acar tumis..

ni la sebahagian menu yg diajar dlm kelas baryani johor. tu sume peserta yg buat tau..akak duk tunjuk je..

sekitar kelas baryani johor..

ni adalah peserta kelas nasi baryani pd 26hb aritu..
sambil menunggu untuk tapau sambil posing2..

Saturday, March 26, 2011

resepi udang masak taucu

ada permintaan untuk resepi udang aritu..

cuba la ye..

1kg udang, bersihkan dan gaul garam, kunyit dan goreng garing..
1 biji bawang besar dimayang (yg besar tau)
3 biji bawang putih ketuk
1/2 inci halia ketuk
cili api secukupnye..nak pedas letak le banyak2..
taucu secukupnye
sedikit air asam jawa
gula

tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili api sampai terbersin2..hahaha..
dah tu masuk taucu dan air asam. takyah letak garam sbb taucu dah masin cuma letak gula je secukupnya..

last masuk udang garing tadi kacau rata dan leh la makan ngan nasi panas2..

try le..

kalo tak tahan pedas jgn letak cili api..pakai le cili biasa..

Thursday, March 24, 2011

lauk aritu..

mangga manisss..
sayur campur cili api


dah lama tak makan udang masak taucu dan sayur campur cili api..
jemput makan..

Monday, March 21, 2011

NASI AYAM..

sepinggan nasi ayam..
sayur wajib..
sup segger nak elak serret (tercekik)..
ayam goreng ranggup..

BENGKEL "ANDA WANITA ISTIMEWA"



sekitar bengkel "ANDA WANITA ISTIMEWA"..

Sunday, March 13, 2011

masak kambing..

aritu adik beradik datang umah. kebetulan memang mak kertuaku ada bawakan tulang n daging kambing nak di masak..silalah menjamu mata ye..donat tu wat ngonyel2..
nasi kambing ala arab..
sup kepala n lidah kambing..
kambing masak ocek2..

Sunday, March 6, 2011

DAH START MASAK..

aritu anak2 sibuk mintak wat coklat moist. ni la die..
dah lama tak masak kari kepala ikan merah..

Thursday, March 3, 2011

BENGKEL "ANDA WANITA ISTIMEWA"

SALAM ENAK,

minggu ni akak ada buat bengkel untuk wanita bertajuk "ANDA WANITA ISTIMEWA". di harap segalanya berjalan dengan lancar dan selepas bengkel ini akan akak post entry yg terbaru lauk-pauk melayu dan kuih muih. aktiviti terkini pun akan di post lebih kerap.. jangan lupa lihat jadual kelas yg terkini di sebelah tu..jumpa lagi..

Tuesday, January 25, 2011

bertemu kembali..

salam rindu buat teman2 bloger. dah lama tak update blog ku yg ku sayang sbb terlalu sibuk dengan urusan rumah dan anak2. apa khabar? akak rasa tak sabar nak kongsikan banyak lagi ilmu memasak yg paling mudah pada tahun baru ni.
kelas pertama untuk tahun 2011 dalah pada 19/02/2011 sabtu. sila ke facebook rahsia memasak dengan mudah dan teman2 akan dapat promonya..
sekali lagi kemaafan atas keterlewatan ucapan tahun baru dari akak. akak akan update lebih banyak lagi resepi selepas i..tunggu..

related post

Labels