Followers

Sunday, September 30, 2012

sup tulang..

arini nak bg resepi sup tulang cuma gambar sup tu tak dapat nak snap sbb dah kena bedal ngan hero2 dlm rumah. aiman paling suka 'gear box' tu..nasib baik pinggan tak pecah diketuknya..huhuhu
 sup gear box power

bahan2

gear box lembu secukupnya (masa masak tu ada 4 ketul)
rebus dulu hingga empuk. kalo ada presure cooker sgt mudah.
sementara tu  siapkan bumbunya
1 bj bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
lada hitam rm1
yg kat atas ni kisar semua
2 btg serai (ada bole takde pun bole) ketuk je
2 bj bawang besar dimayang
rempah 3 sekawan (kayu manis, pelaga, bunga lawang) rm1
kalo tak suka guna yg tu bole guna sup bunjut cuma kalo guna sup bunjut,
akak suka bukak sarung dia dan kisar kering halus. lagi terasa rempah dan lebih wangi.

cara2
goreng bawang yg dimayang tadi hingga wangi. masukkan bahan kisar dan
tumis bahan kisar hingga naik bau. masuk rempah dan serai. kacau hingga bau wangi. 
bawang yg digoreng awal tadi tu akan membuatkan sup kita wangi dan pekat.

dah tu masukkan tulang yg direbus tadi dan masak hingga rempah sebati dan empuk. jgn lupa plak garam secukupnya ye..

dah siap. hidang dgn daun sup dan bawang goreng serta sambal kicap power..

sambal kicap

cili api rm1
2 ulas bwg putih
air asam jawa secukupnya
kicap secukupnya
sedikit gula
kisar semua bahan..

selamat "mengesop"..


Saturday, September 22, 2012

Nasi Arab la pulok..

salam seenak rasa,

baru2 ni akak telah mengikuti kelas nasi arab anjuran Ustazah Wan Habsah..memang best. selain dari dapat belajar masak nasi arab yg ORI, dapat juga makan masakan yg kita masak serta dapat bekal sekali.

memang rasa nasi arab tu sebijik sama mcm yg akak pernah makan di Al Rawsha..

ada nasi yg panjangggg dan beraroma, kambing panggang yg berempah, ayam tandoori yg enak dan salad yg menyegarkan..langsung tak rasa muak..

yg peminat kambing pasti tak toleh kiri kanan kalo mengadap nasi arab ni. bagi yg telah ikut kelas dan mahu buat bisnes, sgt2 digalakkan kerana telah ramai yg berjaya dlm perniagaan nasi aran mereka.

tak sia2 belajar. memang bole buat duit punye..

meh kita tengok lagi gambar nasi arab powerrr ni..

Nasi Khabsa dan ayam Tandoori..

bersama Chef Ustazah dan teman2 peserts bengkel nasi arab..

lepas bergambar tu sume kekenyangan bedal nasi arab..burpppp..

related post

Labels