Followers

Tuesday, May 17, 2011

CHEF AMER akan berada di Johor..

minggu lepas akak ke KL melawat Akademi coklat Chef Amer Hamzah, Pakar Coklat Terkenal tu dan dalam perbincangan kami, Chef Amer telah melapangkan masanya pada 16(sabtu) dan 17(ahad) JULAI 2011 untuk datang ke johor.
kursus asas teknik pembuatan coklat sehari bersama Chef Amer akak promosikan sebagai "KURSUS ASAS TEROKAI RAHSIA COKLAT SEHARI BERSAMA CHEF AMER, PAKAR COKLAT TERKENAL".

nantikan promo yg penuh dan lengkap pada minggu depan..

Thursday, May 5, 2011

rendang ayam kampung

resepi rendang yg paling simple

1 ekor ayam kampung (kalau bole yg sedang2 so tak liat sgt)
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1/2 inci halia
1/4 kunyit hidup
2 btg serai
segenggam cili padi (kalau suka pedas tapi kalau tak suka guna cili kisar 1 senduk)
1 sudu ketumbar
1 sudu jintan halus
1 sudu jintan kasar

bahan kat atas tu masuk dlm blend dan blend sampai halus..

air asam jawa
santan pekat
garam dan gula secukupnya..

cara2

tumis bahan kisar hingga naik bau. masukkan ayam yg telah dipotong dan dicuci.
rebus dulu ayam dengan bahan tumis tanpa garam (kenapa tanpa garam? nak tau kena datang kelas) hingga empuk. bila dah empuk
ayam tu, masukkan santan, asam jawa, garam n gula secukup rasa..
masak lagi hingga sebati rasa dan kuah pekat, dan bole la makan..

related post

Labels