Followers

Wednesday, December 5, 2012

SEKITAR BENGKEL INSPIRASI KEK KOMERSIAL SEHARI BERSAMA CHEF AMER..

Alhamdulillah, segalanya telah berjalan dengan lancar..begitu meriahnya bengkel kali ini dengan kehadiran Pn Azlita Aziz, blogger terkenal..terima kasih pada Ita kerana sudi meluangkan masa..
terima kasih juga pada Pn Nor Azizah (Azie) kerana turut menghadirkan diri walau dlm kesibukan kelas sendiri..

Terima kasih yg tak terhingga pada Chef Amer and crew atas ilmu yg telah dikongsikan..Allah jua yg membalas..Tahniah kepada semua peserta kerana telah "LULUS" dengan cemerlang dlm ujian..hahaha..
sijil tu gunakan sebaik2nya ye..











terima kasih semua..!! jumpa lagi dalam bengkel pada 23, 24 dan 25 hb Dis 2012..

Thursday, November 1, 2012

CHEF AMER TURUN JB LAGI..!!

Jom sertai bengkel Inspirasi Kek Komersial bersama Chef Amer pada 2hb Dis 2012. kelas diadakan di Moms Bake House, tmn pulai perdana, skudai. Yuran RM270 setelah diberi diskaun RM130 kerana hage asal ialah RM400. Tawaran ini adalah untuk 25 org peserta terawal yg mendaftar..
Black Forest Cheese Cake

Cheezy Meezy Carrot Cake


Chocomello mellow Cake

Very Berry Choc Cake

baru tengok dah terliur..rasa dia sgt nyaman ditekak..lebih berbaloi jika dapat buat sendiri utk family..harus suami makin kasih dan anak2 makin sayang..
jom join.. hubungi no 0197550154 untuk info lanjut..

Tuesday, October 16, 2012

SEKITAR BENGKEL MERIAHNYA NASI ARAB BERSAMA CHEF USTAZAH WAN HABSAH

 Peserta sedang tekun mendengar penjelasan dari Chef Ustazah..

 akak pun nak enterprame jugak..hihihi..

 red rosted ciken..hihihi..nyaman..

sessi mengukus nasi..

 aksi yang sangat comel..

 nasi mandy dan ayam Tandoori..hadoiiii..kecur..

 nasi khabsa dan ayam panggang..yg ni paling tak tahannnn..

 salatoh atau rojak buah arab..ini lepas siap buat je terus licin..duhduhduh..

nasi khabsa ala Jordan..

setinggi2 penghargaan kepada Chef Ustazah dan krew..ilmu yg diberi sgt berbaloi..tahniah kepada semua peserta..anda semua hebat2..

terima kasih kepada Moms Bake House yg telah memberi kerjasama yg superb..!!

semoga kita bertemu lagi dalam siri ke 2 bengkel Meriahnya Nasi Arab yg akan datang..

Sunday, September 30, 2012

sup tulang..

arini nak bg resepi sup tulang cuma gambar sup tu tak dapat nak snap sbb dah kena bedal ngan hero2 dlm rumah. aiman paling suka 'gear box' tu..nasib baik pinggan tak pecah diketuknya..huhuhu
 sup gear box power

bahan2

gear box lembu secukupnya (masa masak tu ada 4 ketul)
rebus dulu hingga empuk. kalo ada presure cooker sgt mudah.
sementara tu  siapkan bumbunya
1 bj bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
lada hitam rm1
yg kat atas ni kisar semua
2 btg serai (ada bole takde pun bole) ketuk je
2 bj bawang besar dimayang
rempah 3 sekawan (kayu manis, pelaga, bunga lawang) rm1
kalo tak suka guna yg tu bole guna sup bunjut cuma kalo guna sup bunjut,
akak suka bukak sarung dia dan kisar kering halus. lagi terasa rempah dan lebih wangi.

cara2
goreng bawang yg dimayang tadi hingga wangi. masukkan bahan kisar dan
tumis bahan kisar hingga naik bau. masuk rempah dan serai. kacau hingga bau wangi. 
bawang yg digoreng awal tadi tu akan membuatkan sup kita wangi dan pekat.

dah tu masukkan tulang yg direbus tadi dan masak hingga rempah sebati dan empuk. jgn lupa plak garam secukupnya ye..

dah siap. hidang dgn daun sup dan bawang goreng serta sambal kicap power..

sambal kicap

cili api rm1
2 ulas bwg putih
air asam jawa secukupnya
kicap secukupnya
sedikit gula
kisar semua bahan..

selamat "mengesop"..


Saturday, September 22, 2012

Nasi Arab la pulok..

salam seenak rasa,

baru2 ni akak telah mengikuti kelas nasi arab anjuran Ustazah Wan Habsah..memang best. selain dari dapat belajar masak nasi arab yg ORI, dapat juga makan masakan yg kita masak serta dapat bekal sekali.

memang rasa nasi arab tu sebijik sama mcm yg akak pernah makan di Al Rawsha..

ada nasi yg panjangggg dan beraroma, kambing panggang yg berempah, ayam tandoori yg enak dan salad yg menyegarkan..langsung tak rasa muak..

yg peminat kambing pasti tak toleh kiri kanan kalo mengadap nasi arab ni. bagi yg telah ikut kelas dan mahu buat bisnes, sgt2 digalakkan kerana telah ramai yg berjaya dlm perniagaan nasi aran mereka.

tak sia2 belajar. memang bole buat duit punye..

meh kita tengok lagi gambar nasi arab powerrr ni..

Nasi Khabsa dan ayam Tandoori..

bersama Chef Ustazah dan teman2 peserts bengkel nasi arab..

lepas bergambar tu sume kekenyangan bedal nasi arab..burpppp..

Sunday, July 22, 2012

Chezy Brownies





 Chezy Brownies
Bahan2

125g butter
200g dark chocolate -guna cooking chocolate biasa
3 telor
1 ¾ cawan gula caster -kurangkan hanya 1 1/2 cawan
1 sudu teh vanilla
1 ½ cawan tepung gandum (ayak)
1/3 cawan sebuk koko (ayak)
2 cawan kekacang ikut suka - akak letak 1/2 cwn sliced almond+1/2 cwn chopped walnut

cara2

1. Panaskan oven 180 darjah celcius. sapu loyang dgn butter dan alas dengan kertas minyak.
2. Double-boil butter, serbuk koko dan dark coklat hingga cair.angkat dari api.  Add gula caster , kacau rata. .
3. telur di pukul sedikit dan masukkan dlm adunan tadi. kacau dan masukkan  vanilla essence. Mix lagi.
4. masukkan tepung dan kacau hingga sebati.. 

cream cheese

1. 50gm cream cheese
20gm gula caster (nak manis tambah lagi), 1/2 bj telor dan vanilla. putar semua hingga gebu.

tuang adunan kedlm loyang yg dah dialas dgn kertas minyak. kemudian tompokkan cream cheese dan buat corak marble. 

 Bakar lebih kurang 30 minutes. potong semasa panas2..

selamat mencuba..


Saturday, July 21, 2012

MENU BERSAHUR DAN BERBUKA


 SANTAPAN DI RAMADHAN AL-MUBARAK


TUAN PUNYA: OLIEZ ACADEMY
MY SWEET HOME AT TMN SRI PULAI PERDANA, SKUDAI, JOHOR
TEL : 019 7550154


Ini adalah jadual menu masakan untuk sahur dan berbuka puasa. Pilihan menu adalah berdasarkan kesesuaian antara menu sahur dan berbuka. Sesuai untuk seisi keluarga. Resepi adalah mengikut citarasa dan idea sendiri. Risalah ini adalah untuk panduan memilih menu sahaja.
Resepi boleh di rujuk di http://ckretresepi.blogspot.com
Atau sms ke 019 7550154


Pengenalan.
Tercetusnya idea untuk mengarang titipan ini atas permintaan rakan-rakan yang selalu
merungut kehabisan idea untuk menyediakan hidangan semasa bulan Ramadhan. Mudah-mudahan dengan bantuan buku mini ini dapat memudahkan lagi para ibu untuk
menyediakan hidangan yang mudah dan lazat untuk santapan keluarga tersayang. Menu-menu yang di cadangkan boleh juga untuk panduan membeli juadah berbuka dengan perancangan yang betul untuk mengelakkan pembaziran pada bulan ramadhan yang mulia.




MENU BERMULA DARI 1 RAMADHAN HINGGA 28 RAMADHAN


1 ramadhan

Sahur:
Nasi putih
Sayur lemak kobis + tahu
Ayam sambal
Telur dadar

Berbuka:
Nasi ayam
Kuih seri muka/karipap
Jus oren/air panas


2 ramadhan

Sahur:
Nasi putih
Ikan goreng taucu pedas
Bayam masak lemak
Sambal belacan

Berbuka:
Mee goreng basah
Kuih kasui/puding
Milo ais /air panas

3 ramadhan

Sahur:
Nasi putih
Asam pedas ikan/ayam
Ulam timun/salad
Sotong goreng tepung

Berbuka:
Roti kebab daging/ayam
Bubur pulut hitam/Puding
Jus apple


TO BE CONTINUE..

Friday, May 18, 2012

Esklusif>>>Resepi ciskek yg ditunggu2..



Cheese cake original.

Bahan base.
200 gm biskut chipsmore/oreo/digestive
50-70gm butter

Cara-cara.
Cairkan butter-hancurkan biskut-gaulkan-tekan dlm loyang dan sejukkan seketika dlm peti ais.

Sementara itu sediakan bahan topping.

Bahan A.
500gm cream cheese (apa brand pun bole)
180gm gula caster

Bahan B.
2 biji telor (gred A atau B)
1 sudu the vanilla esen
25gm tepung gandum
15gm tepung jagung

Bahan C.
400gm Whipping cream (apa brand pun bole)

Cara-cara.

Pukul bahan A hingga kembang. Kemudian masukan bahan B. pukul hingga sebati dan gebu.
Sementara itu pukul bahan C hingga naik. Masukan kedalam bahan A. pukul lagi hingga gebu.
Tuang adunan kedalam loyang yg berisi biskut. bakar menggunakan  kaedah steam bake 170 
Selama 1 jam.

resepi ni akak belajar dari ummi eyna cuma bak kata mat gebu dah pun akak derhakakan sikit..hehehe..tq eyna.

selamat mencuba..

Monday, May 14, 2012

BENGKEL INSPIRASI COKLAT

alhamdulillah..telah berlangsung dengan jayanya kelas Terokai Rahsia Coklat Sehari Bersama Chef Amer..kelas kali ini sgt istimewa dengan kehadiran teman lama dan baru terutama Azlita Aziz dari dapur masam manis.
terima kasih juga pada krew2 kesayangan akak yg telah bertungkus lumus membantu..
korang memang best..!!
mari kita lihat gelagat peserta kelas kali ni..
 mula2 kena ceramah dulu..
 seriusnya..pe hal tuh..?
"nak bercoklat perlu kreatif.." kata Chef Amer..
 apa dah jadi tu nurul izzah..
 sejenis dari berjenis2 coklat yg dihasilkan..
terima kasih Chef Amer dan semua ikhlas dari Oliez Academy..


tunggu kelas Chef yg akan datang..jeng, jeng, jeng..

Wednesday, March 28, 2012

Chef Amer lagi..

Pendaftaran telah dibuka. Tempat sgt, sgt, sgt terhad..daftar segera..!!

Wednesday, March 7, 2012

''INSPIRASI KEK KOMERSIAL SEHARI BERSAMA CHEF AMER''

baru2 ni oliez academy telah mengadakan kelas kek komersial bersama chef amer dan kelas telah berlangsung dengan meriahnya..ada yg sampai sakit perut menahan gelak dek mendengar celoteh chef..tahniah pada semua peserta..
jgn lupa kelas seterusnya bersama chef bulan mei nanti iaitu ''inspirasi coklat sehari bersama chef amer'' buat kali kedua di oliez academy.. peserta hari ahad dan kek yg dihasilkan..



peserta hari sabtu dan kek yg dihasilkan..




mmmm..terliur..hasil tangan peserta dan chef amer.. terima kasih juga buat Pn Ita dari masam manis kerana sudi hadir pada hari sabtu dan mengikuti kelas chef yg happenning tu..terima kasih dari pihak chef dan oliez..






related post

Labels