KONGSI RESEPI

OLIEZ ACADEMY TELAH DITUBUHKAN PADA AKHIR TAHUN 2010. BERMULA DENGAN MEMBUAT KELAS2 PERSONAL, KEMUDIAN TELAH MENJADI PENGANJUR UNTUK KELAS2 CHEF AMER DAN CHEF USTAZAH DI BAHAGIAN SELATAN. OLIEZ ACADEMY JUGA MENJALANKAN KELAS2 DARI PAKAR2 KEK DAN MASAKAN YG LAIN. BEROPERASI DI ALAMAT NO 60, JLN PULAI PERDANA 11/1, TMN SRI PULAI PERDANA, SKUDAI, JOHOR BAHRU, JOHOR. NO TEL 019 7550154 / WHATSAPP 010 5267793

30 September 2012

sup tulang..

arini nak bg resepi sup tulang cuma gambar sup tu tak dapat nak snap sbb dah kena bedal ngan hero2 dlm rumah. aiman paling suka 'gear box' tu..nasib baik pinggan tak pecah diketuknya..huhuhu
 sup gear box power

bahan2

gear box lembu secukupnya (masa masak tu ada 4 ketul)
rebus dulu hingga empuk. kalo ada presure cooker sgt mudah.
sementara tu  siapkan bumbunya
1 bj bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
lada hitam rm1
yg kat atas ni kisar semua
2 btg serai (ada bole takde pun bole) ketuk je
2 bj bawang besar dimayang
rempah 3 sekawan (kayu manis, pelaga, bunga lawang) rm1
kalo tak suka guna yg tu bole guna sup bunjut cuma kalo guna sup bunjut,
akak suka bukak sarung dia dan kisar kering halus. lagi terasa rempah dan lebih wangi.

cara2
goreng bawang yg dimayang tadi hingga wangi. masukkan bahan kisar dan
tumis bahan kisar hingga naik bau. masuk rempah dan serai. kacau hingga bau wangi. 
bawang yg digoreng awal tadi tu akan membuatkan sup kita wangi dan pekat.

dah tu masukkan tulang yg direbus tadi dan masak hingga rempah sebati dan empuk. jgn lupa plak garam secukupnya ye..

dah siap. hidang dgn daun sup dan bawang goreng serta sambal kicap power..

sambal kicap

cili api rm1
2 ulas bwg putih
air asam jawa secukupnya
kicap secukupnya
sedikit gula
kisar semua bahan..

selamat "mengesop"..


No comments:

Post a Comment