KONGSI RESEPI

OLIEZ ACADEMY TELAH DITUBUHKAN PADA AKHIR TAHUN 2010. BERMULA DENGAN MEMBUAT KELAS2 PERSONAL, KEMUDIAN TELAH MENJADI PENGANJUR UNTUK KELAS2 CHEF AMER DAN CHEF USTAZAH DI BAHAGIAN SELATAN. OLIEZ ACADEMY JUGA MENJALANKAN KELAS2 DARI PAKAR2 KEK DAN MASAKAN YG LAIN. BEROPERASI DI ALAMAT NO 60, JLN PULAI PERDANA 11/1, TMN SRI PULAI PERDANA, SKUDAI, JOHOR BAHRU, JOHOR. NO TEL 019 7550154 SMS/WHATSAPP

12 May 2010

resepi sate....

aritu sempat post gambar sate je tapi resepi tak smpt. arini akak bagi resepi sate yg paling mudah nak buat di rumah....

sate ayam/daging

1kg daging/isi ayam dipotong kecil
3 btg serai
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm kunyit hidup ( kalau takde serbuk kunyit pun bole)
1 cm lengkuas
2 sudu ketumbar biji
2 sudu jintan kasar
1 sudu jintan halus

sume bahan kat atas ni kisar sekali. jgn banyak sgt air ye.....

tuang dlm daging tadi dan tambahkn garam, gula, dan sedikit cuka (dlm satu sudu teh untuk nak bagi empuk) gaul rata dan perap le berapa lama yg korang suka. kalau malas nak cucuk, buat sate goreng je pun bole. letak sikit minyak dlm kuali dan masukan daging, goreng sampai masak atau garing. daging ni kalau dah kasi rencah simpan dalam esbok letak kat bawah pun tak rosak dlm seminggu tahan. kalau nak makan tinggal goreng je......

kuah kacang
kacang tanah Rm2 goreng dengan minyak pun bole, kalo rajin sangai.....
kisar dengan air terus pun bole atau nak kisar kering pun bole, ikut rajin....tepikan dulu...
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
cili kering kalau nak pedas letak lebih
kisar sume bahan diatas, cuma kalau ada yg suka bole letak udang kering tapi kalau tak letak pun bole....
2 batang serai diketuk je

panaskan minyak dan goreng serai ketuk hingga naik bau. kemudian masukan bahan kisar tadi. goreng hingga garing atau naik minyak....baru masukan kacang kisar. tambah garam, gula dan air asam jawa. masak sampai naik minyak...kalau manis sikit pun sedap.....

sate goreng dah jadi makanan wajib kat umah bila kita tau buat dengan cara yg senang...selamat mencuba.....

No comments:

Post a Comment