Followers

Friday, May 18, 2012

Esklusif>>>Resepi ciskek yg ditunggu2..



Cheese cake original.

Bahan base.
200 gm biskut chipsmore/oreo/digestive
50-70gm butter

Cara-cara.
Cairkan butter-hancurkan biskut-gaulkan-tekan dlm loyang dan sejukkan seketika dlm peti ais.

Sementara itu sediakan bahan topping.

Bahan A.
500gm cream cheese (apa brand pun bole)
180gm gula caster

Bahan B.
2 biji telor (gred A atau B)
1 sudu the vanilla esen
25gm tepung gandum
15gm tepung jagung

Bahan C.
400gm Whipping cream (apa brand pun bole)

Cara-cara.

Pukul bahan A hingga kembang. Kemudian masukan bahan B. pukul hingga sebati dan gebu.
Sementara itu pukul bahan C hingga naik. Masukan kedalam bahan A. pukul lagi hingga gebu.
Tuang adunan kedalam loyang yg berisi biskut. bakar menggunakan  kaedah steam bake 170 
Selama 1 jam.

resepi ni akak belajar dari ummi eyna cuma bak kata mat gebu dah pun akak derhakakan sikit..hehehe..tq eyna.

selamat mencuba..

Monday, May 14, 2012

BENGKEL INSPIRASI COKLAT

alhamdulillah..telah berlangsung dengan jayanya kelas Terokai Rahsia Coklat Sehari Bersama Chef Amer..kelas kali ini sgt istimewa dengan kehadiran teman lama dan baru terutama Azlita Aziz dari dapur masam manis.
terima kasih juga pada krew2 kesayangan akak yg telah bertungkus lumus membantu..
korang memang best..!!
mari kita lihat gelagat peserta kelas kali ni..
 mula2 kena ceramah dulu..
 seriusnya..pe hal tuh..?
"nak bercoklat perlu kreatif.." kata Chef Amer..
 apa dah jadi tu nurul izzah..
 sejenis dari berjenis2 coklat yg dihasilkan..
terima kasih Chef Amer dan semua ikhlas dari Oliez Academy..


tunggu kelas Chef yg akan datang..jeng, jeng, jeng..

Wednesday, March 28, 2012

Chef Amer lagi..

Pendaftaran telah dibuka. Tempat sgt, sgt, sgt terhad..daftar segera..!!

Wednesday, March 7, 2012

''INSPIRASI KEK KOMERSIAL SEHARI BERSAMA CHEF AMER''

baru2 ni oliez academy telah mengadakan kelas kek komersial bersama chef amer dan kelas telah berlangsung dengan meriahnya..ada yg sampai sakit perut menahan gelak dek mendengar celoteh chef..tahniah pada semua peserta..
jgn lupa kelas seterusnya bersama chef bulan mei nanti iaitu ''inspirasi coklat sehari bersama chef amer'' buat kali kedua di oliez academy.. peserta hari ahad dan kek yg dihasilkan..



peserta hari sabtu dan kek yg dihasilkan..




mmmm..terliur..hasil tangan peserta dan chef amer.. terima kasih juga buat Pn Ita dari masam manis kerana sudi hadir pada hari sabtu dan mengikuti kelas chef yg happenning tu..terima kasih dari pihak chef dan oliez..






Tuesday, July 26, 2011

sekitar kelas coklat Chef Amer lalu..

sukenye..
kelas hari Ahad 17/7/2011
belajar apa itu coklat..
kelas hari Sabtu 16/7/2011

Thursday, June 2, 2011

Chef Amer datang JB..

Chef Amer turun JB!!!.."TEROKAI RAHSIA PEMBUATAN COKLAT SEHARI BERSAMA CHEF AMER" di bawakan khas oleh Rich Matrix Resources ( dapur Rahsia Memasak Dengan Mudah). Pada 16 @ 17 hb JULAI 2011 di Tmn Sri Pulai Perdana, Skudai, JB. Untuk booking tempat sila hubungi 019 7550154/019 7919696 dengan segera..!! tempat adalah terhad..!!!!!
kelas coklat bersama chef amer ni adalah yang ter "hot" masa sekarang ni sbb dah nak musim jual kuih raya..jom datang kelas chef amer..

Tuesday, May 17, 2011

CHEF AMER akan berada di Johor..

minggu lepas akak ke KL melawat Akademi coklat Chef Amer Hamzah, Pakar Coklat Terkenal tu dan dalam perbincangan kami, Chef Amer telah melapangkan masanya pada 16(sabtu) dan 17(ahad) JULAI 2011 untuk datang ke johor.
kursus asas teknik pembuatan coklat sehari bersama Chef Amer akak promosikan sebagai "KURSUS ASAS TEROKAI RAHSIA COKLAT SEHARI BERSAMA CHEF AMER, PAKAR COKLAT TERKENAL".

nantikan promo yg penuh dan lengkap pada minggu depan..

Thursday, May 5, 2011

rendang ayam kampung

resepi rendang yg paling simple

1 ekor ayam kampung (kalau bole yg sedang2 so tak liat sgt)
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1/2 inci halia
1/4 kunyit hidup
2 btg serai
segenggam cili padi (kalau suka pedas tapi kalau tak suka guna cili kisar 1 senduk)
1 sudu ketumbar
1 sudu jintan halus
1 sudu jintan kasar

bahan kat atas tu masuk dlm blend dan blend sampai halus..

air asam jawa
santan pekat
garam dan gula secukupnya..

cara2

tumis bahan kisar hingga naik bau. masukkan ayam yg telah dipotong dan dicuci.
rebus dulu ayam dengan bahan tumis tanpa garam (kenapa tanpa garam? nak tau kena datang kelas) hingga empuk. bila dah empuk
ayam tu, masukkan santan, asam jawa, garam n gula secukup rasa..
masak lagi hingga sebati rasa dan kuah pekat, dan bole la makan..

Thursday, April 14, 2011

berita..

nasi lemak rendang ayam tapi takde timun..
ayam yang dah kena cuil..
ayam black pepper home made fresh punyer..

ayam black pepper

1 ekor ayam (tak payah potong, buang isi dlm, cuci dan tepikan)
1 biji bawang besar holland
5 ulas bawang putih
1 inci halia
RM 2.00 black pepper (lebih banyak lebih sedap)
bahan kat atas tadi tu kisar dan tuang kat ayam tadi.

bahan lain
sos tomato 1 sudu
kicap pekat 1 sudu
kicap cair 1 sudu
sedikit serbuk daun parsley
garam dan gula secukupnya

gaul sume bahan tadi dan perapkan selama 1 jam sebelum di "ungkep"-jawa. melayunya rebus dgn air sedikit dan ditutup rapat dan api kecik. bila ayam telah masak, masukkan dlm loyang dan bakar dlm oven hingga garing atau bole jugak goreng dlm kuali. kuah ayam tadi masak hingga pekat dan tuang atas ayam yg telah di panggang atau di goreng..
selamat mencuba..

Sunday, April 10, 2011

bulan buzy..


salam enak,

dah settle bengkel "AWI 2"..alhamdulillah lancar. pasni tumpu pada projek booth kat ikim FM
di johor land, bandar dato' on. pada 22-24 april ni. harap lebih lagi sambutan pada kelas masak, bengkel dan produk akak. tapi untuk tak mengecewakan korang kat sini akak sertakan resepi donat gebu untuk yang nak buat makan sendiri atau nak jual sbb donat ni tahan lembut sampai esok..insyallah..

1 kg tepung gandum
1 paket serbuk mauripan (bancuh sikit air sejuk)
1 sudu teh baking powder
1 biji telor
3-4 sudu margerin
2 sudu minyak masak
3 biji kentang yg dah direbus dan dileyek
air suam panas secukupnya yg dah dibancuh dengan
3 sudu gula dan 1 sudu garam atau ikut secukup rasa..

mula2 gaul dulu margerin, minyak, kentang, baking powder sampai sebati. pastu masuk telor dan mauripan.
gaul lagi sampai sebati. last baru uli pakai air suam panas hingga adunan bole di canai. biarkan naik dulu. bila dah naik baru canai ikut bentuk yg kita suka..biarkan seketika dan goreng dengan api sederhana..

selamat mencuba..

related post

Labels