petua kali ni nak cite pasal sambal tumis....haa....tentu ramai antara kita kalau masak sambal tumis mesti letak belacan atau udang pepai atau kalau nak bagi lemak letak serbuk perasa. tapi akak tak letak sume tu sebab udang ramai yg alah kat umah. so masa kisar cili tu tambahkan ikan bilis ngan bawang putih sekali. kisar sekali. ikan bilis dan bawang yg hiris tu tetap ada. kalau nak sedap lagi tambahkan santan pekat.
so, kalau tak guna serbuk perasa atau belacan pun sambal kita tetap lemak sedap........cuba la ye....
di dapur ckretresepi, akak ajar memasak tak guna bahan perasa tapi hasil masakan tetap enak dan menyihatkan untuk keluarga.....
Followers
Tuesday, March 30, 2010
ROTI JALA
Sunday, March 28, 2010
RESEPI ASAL BULEH....

tah mimpi apa tetiba je terasa nak mkn daging dendeng...tapi yg ni versi akak sendiri aka resepi asal buleh...yg kek tuh sesaja je buat makan2. ala bancuh2 je trus bakar....kat bawah akak bagi resepi "dendeng" n "kek kismis senang" sila la mencuba....
daging dendeng
1kg daging (lemak dibuang) rebus hingga empuk dan hiris nipis2 kemudian diketuk sikit dan goreng sederhana garing.
cili kisar 1 cawan - nak kurang pedas kurangkan cili.
1 biji bawang besar mayang
3 biji bawang putih mayang
3 sudu kicap manis atau lebih kalau suka hitam
1 sudu kecil serbuk kari - nak bagi beraroma sikit.
minyak untuk tumis.
mula2 tumis bawang, dah nak garing masukan cili, serbuk kari dan kicap.bila dah garing masukan gula sikit dan garam kalau suka tapi akak tak letak sbb kicap dah cukup rasa. last masukan daging dan kacau hingga rata. leh la mkn....

1 cawan gula
1 cawan butter
1 cawan telor (tak kira bape biji asal penuh cawan)
serbuk koko 2 sudu
susu manis 1/2 cawan
tepung gandum 1 3/4 cawan
vanilla sikit
kismis (kalo nak ganti benda lain pun bole cth badam, coklat rice ke)
masuk sume gula, butter, telor, koko, susu manis, vanilla dalam mangkuk dan putar smpai kembang. last sekali masuk kismis. bakar. ni la hasilnya....
dengar mcm crazy ye bancuh sume skali tapi ni la dah jadi. tak percaya...dtg kelas akak....
Labels:
KEK
Friday, March 26, 2010
RESEPI NASI BARYANI JOHOR
oleh kerana dah ramai yg tanye resepi nasi baryani akak ni...kali ni akak sertakan cuma gambarnye dah post dulu...
Nasi Baryani Johor. (resepi yg paling simple tapi mmmm)
Nasi
beras basmati 1kg - cuci dan toskan
susu sejat 1/2 tin
minyak sapi sesudu + minyak masak je (kalau tak minyak masak sume pun bole, lagi sedap dan tak cepat muak kalau makan)
bawang besar 2 biji mayang
bawang putih 5 biji mayang
halia 1 inci kisar kering
kayu manis 1 batang
buah pelaga 5 biji
bunga lawang 2 kuntum
cengkih 5-7
tomato pure 2 sudu besar
oren sunquick 2 sudu besar
air dan garam secukupnya
nak tambah kismis atau badam tu terpulang
cara2 masak nasi
tumis rempah serangkai serta bawang besar, bawang putih hingga naik bau dan sedikit garing. sebelum garing masukan halia. bila dah bau masukan tomato pure, susu sejat dan sunquick. masukan air, garam dan beras. kecilkan sikit api dan tutup terus. setelah air kering kacau lagi dan tutup hingga masak. terpulang samada ingin letak warna ke tak....
ayam goreng rempah
ayam potong2 dan cuci
halia, serai, bawang putih, serbuk kari, garam
gaul kesemua dan perap seketika sblm di goreng samada nak ditabur tepung gandum atau tak. terpulang pd selera masing2
daging baryani
daging 1kg potong, basuh dan toskan
bawang merah 2 biji
bawang putih 5 biji
halia sedikit je
lengkuas sedikit je
serai 2 batang
bahan kat atas kisar tau
cili kisar secukupnya
tomato pure
rempah baryani
sikit rempah kari
sikit rempah kurma ( ketiga2 rempah cmpurkan )
garam, gula secukupnya
minyak sapi atau biasa
daun pudina (kalau takde pun takpe) tak payah tumis2 trus je campur sume bahan kat atas kecuali tomato pure. dia ni masukan bila daging dah empuk.
kalau nak sedap lagi, minyak masak daging tu lebihkn sikit untuk nak masuk kat nasi yg dah masak tu. baru bau dia naik. masukan kuah jugak sikit.
tu la dia. gerenti sedap walaupun tak pakai serbuk perasa. mcmana nak tau dia punye rasa ok ke tak, kena ikut akak punye kelas. ada teknik tu hanya guna garam dan gula sahaja.....

nasi
Thursday, March 25, 2010
lupa plak dalca....

takpe....belajar tu adalah yg dituntut..dlm sikit masa lagi ruangan untuk resepi akan dimasukan dan kekawan bole tengok dan cuba....maaf ye....kalau dah ada ruangan tu akak akan bagitau semua.....
Monday, March 22, 2010
SINGGANG KERISI.....

Labels:
ikan
IKAN MASAK TAUCU

Labels:
ikan
Friday, March 19, 2010
PETUA NYAIE
kali ni akak nak bagi petua mcmmana nak buat cili kisar kita tak basi bila simpan lama dlm peti ais....lepas rebus cili, cuci dengan air bersih dan masa kisar tambahkn bawang putih sekali. gunakan air masak tapi jgn cair sgt. kalau bole kisar pekat2 sikit....dah tu bole la simpan dalam peti ais. cili kisar ni tahan sampai seminggu lebih tau.
fungsi bawang putih tu yg bagi tahan dan rasa cili pun sedap bila ditumis....selamat mencuba.....
fungsi bawang putih tu yg bagi tahan dan rasa cili pun sedap bila ditumis....selamat mencuba.....
NASI LEMAK BONDA

Labels:
nasi
Wednesday, March 17, 2010
PETUA NYAIE
pernah tak masa tengah masak letak garam terlebih dan menyumbang kepada kemasinan..? kalau petua yg biasa kita dengar tambah kentang dalam masakan untuk kurangkan masin. itu kalau masakan yg ada kuah...kalau yg kering cth nasi goreng macmna?????
akak ada satu petua yg pasti korang tak percaye....bila masak makanan yg tak berkuah, sekiranya termasin...cuba tambahkan sedikit gula dlm masakan tu. kalau takut tak larut bancuh gula dengan sedikit air dan percikkan ke masakan yg termasin tu. insyallah kurang rasa masin tu...tak percaya.....cubalah......

Monday, March 15, 2010
NASI BARYANI JOHOR

Labels:
nasi
Tuesday, March 9, 2010
PETUA NYAIE
Macam mana nak dapat nasi lemak kita enak dan lembut? Masa masak tu lepas masukan santan tambahkan sedikit minyak masak dlm beras tu. Pastikan air cukup dan dikacau masa santan baru kering. Ini utk pastikan santan dan minyak sebati dlm nasi. Hasilnya nanti pasti memuaskan....macam mana kalau nasi terkeras tak cukup air???? lain kali akak bagitau macam mana nak modified nasi yg jelantah.....
AYAM GOLEK BLACK PEPPER
PETUA NYAIE
KALAU NAK MULA MEMASAK, MULAKAN DENGAN SELAWAT DAN ISTIGFAR. SEBELUM BUAT APA2 BACA BISMILLAH DAN MASA TENGAH MASAK BERZIKIRLAH. SEMUA NI AKAN ADA KESAN UNTUK ORG YG MAKAN MAKANAN TU TERUTAMA ANAK2 DAN SUAMI. TENGOK JE SEKARANG. RAMAI IBU YG TAK SEMPAT MEMASAK, BELI MAKANAN DI KEDAI YG TUKANG MASAKNYA MENYANYI SAMBIL MEMASAK...
APA AKAN JADI PADA ANAK KITA KALAU SETIAP HARI KITA BERI MAKAN MAKANAN MCM NI????
FIKIRLAH WAHAI IBU...
APA AKAN JADI PADA ANAK KITA KALAU SETIAP HARI KITA BERI MAKAN MAKANAN MCM NI????
FIKIRLAH WAHAI IBU...
Saturday, March 6, 2010
Thursday, March 4, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
related post
loading..
Labels
- AYAM (3)
- BENGKEL (2)
- daging (4)
- gulai (1)
- ikan (5)
- info (1)
- JAMU MATA (1)
- kambing (1)
- KEK (2)
- KELAS (47)
- kelas masakan (3)
- kuih-muih (2)
- kursus coklat (2)
- lauk baryani (1)
- LAUK HARIAN (12)
- makanan laut (2)
- mee (3)
- minum petang (3)
- nasi (6)
- nasi ayam segera (1)
- nasi lemak (1)
- pelbagai (2)
- pengumuman (3)
- petua nyaie (6)
- RESEPI (2)
- roti (1)
- sambal (2)
- sarapan (1)
- sate (1)
- telur (1)
- udang (1)