KONGSI RESEPI

OLIEZ ACADEMY TELAH DITUBUHKAN PADA AKHIR TAHUN 2010. BERMULA DENGAN MEMBUAT KELAS2 PERSONAL, KEMUDIAN TELAH MENJADI PENGANJUR UNTUK KELAS2 CHEF AMER DAN CHEF USTAZAH DI BAHAGIAN SELATAN. OLIEZ ACADEMY JUGA MENJALANKAN KELAS2 DARI PAKAR2 KEK DAN MASAKAN YG LAIN. BEROPERASI DI ALAMAT NO 60, JLN PULAI PERDANA 11/1, TMN SRI PULAI PERDANA, SKUDAI, JOHOR BAHRU, JOHOR. NO TEL 019 7550154 / WHATSAPP 010 5267793

26 March 2010

RESEPI NASI BARYANI JOHOR

oleh kerana dah ramai yg tanye resepi nasi baryani akak ni...kali ni akak sertakan cuma gambarnye dah post dulu...

Nasi Baryani Johor. (resepi yg paling simple tapi mmmm)

Nasi

beras basmati 1kg - cuci dan toskan
susu sejat 1/2 tin
minyak sapi sesudu + minyak masak je (kalau tak minyak masak sume pun bole, lagi sedap dan tak cepat muak kalau makan)
bawang besar 2 biji mayang
bawang putih 5 biji mayang
halia 1 inci kisar kering
kayu manis 1 batang
buah pelaga 5 biji
bunga lawang 2 kuntum
cengkih 5-7
tomato pure 2 sudu besar
oren sunquick 2 sudu besar
air dan garam secukupnya
nak tambah kismis atau badam tu terpulang

cara2 masak nasi

tumis rempah serangkai serta bawang besar, bawang putih hingga naik bau dan sedikit garing. sebelum garing masukan halia. bila dah bau masukan tomato pure, susu sejat dan sunquick. masukan air, garam dan beras. kecilkan sikit api dan tutup terus. setelah air kering kacau lagi dan tutup hingga masak. terpulang samada ingin letak warna ke tak....

ayam goreng rempah

ayam potong2 dan cuci
halia, serai, bawang putih, serbuk kari, garam

gaul kesemua dan perap seketika sblm di goreng samada nak ditabur tepung gandum atau tak. terpulang pd selera masing2

daging baryani

daging 1kg potong, basuh dan toskan
bawang merah 2 biji
bawang putih 5 biji
halia sedikit je
lengkuas sedikit je
serai 2 batang
bahan kat atas kisar tau
cili kisar secukupnya
tomato pure
rempah baryani
sikit rempah kari
sikit rempah kurma ( ketiga2 rempah cmpurkan )
garam, gula secukupnya
minyak sapi atau biasa
daun pudina (kalau takde pun takpe) tak payah tumis2 trus je campur sume bahan kat atas kecuali tomato pure. dia ni masukan bila daging dah empuk.

kalau nak sedap lagi, minyak masak daging tu lebihkn sikit untuk nak masuk kat nasi yg dah masak tu. baru bau dia naik. masukan kuah jugak sikit.

tu la dia. gerenti sedap walaupun tak pakai serbuk perasa. mcmana nak tau dia punye rasa ok ke tak, kena ikut akak punye kelas. ada teknik tu hanya guna garam dan gula sahaja.....

No comments:

Post a Comment