dah seminggu pc ni meragam tak bole download gambar dari kamera untuk nak masuk gambar lauk pauk nak di buat N3..kat sini akak bagi resepi dulu..bilapc dah ok akak masuk gambar plak..
kambing bistik
1kg daging/tulang kambing(rebus empuk dulu)
2 pokok daun ketumbar
3 btg serai (sebatang ketuk,2 kisar)
2 bj bawang besar(kisar)
6 ulas bawang putih(kisar)
sedikit lengkuas dan halia(sikit je tau)
cili kisar 2 sudu
lada hitam kisar
satu sudu ketumbar dan 2 jintan tu. kisar.
sos tomato 4 sudu
sos tiram 2 sudu
kicap 2 sudu
cara2
tumis bahan kisar masukan semua sos. masuk daging/tulang yg dah direbus empuk. masuk daun ketumbar. masak hingga pekat. tambah garam dan gula.
kalau nak letak rempah tumis pun bole..makan ngan roti pun sedap. selamat mencuba..
Followers
Tuesday, June 29, 2010
Tuesday, June 22, 2010
pengumuman..!!
Buat pengetahuan sume..bermula julai ini, kelas masakan akan dibuat atas permintaan sahaja sbb akak terlibat dalam satu projek mega yg akan diberitahu kemudian. Projek tu atas sokongan seorg chef terkenal..TUNGGUUU..so.. sekiranye ada permintaan untuk kelas, call untuk arrange masa dan tarikh yg sesuai untuk buat kelas..walau bagaimana pun menu dan gambar masakan terkini tetap akan menemani anda sume..harap maklum.
nasi ayam fathers day..
nasi ayam asal buleh
1 ekor ayam
1 inci halia
3 ulas bawang putih
kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih
hiris je halia, bawang putih..rebus dengan ayam bahan kat atas tadi. air rebusan biar lebih sikit.
satu mangkuk beras
satu mangkuk air rebusan ayam
garam sikit jek
masak nasi mcm biasa
ayam yg rebus tadi tambah kunyit dan garam sikit dan goreng..
sos
1 biji tomato
2 biji bawang putih
6 biji cili merah
garam, gula, air asam jawa
kisar semua dan rasakan
selamat mencuba..
Monday, June 14, 2010
Thursday, June 10, 2010
apa khabar......


sambal goreng jawa.
bahan2
tahu, tempe, kentang, kacang panjang, perut lembu @ babat dan tetel (rebus hingga empuk dulu).
semua dicincang kecil dan digoreng dulu kecuali kacang panjang.
bahan tumis
cili hijau, cili merah, cili api kalau suka pedas, bawang besar, bawang putih, halia, ikan bilis kopek,
hiris ikut suka.
bahan utama
kicap manis, air asam jawa, garam, gula.
untuk bagi menarik
tahu kering dan soon. rendam dan gunting.
cara2
tumis bahan untuk tumisan hingga naik bau. kemudian masukan kacang panjang yg dihiris tu. goreng kejap pastu baru masukan bahan yg digoreng. kacau sebati. jgn lupa tahu kering dan soon. last masukan kicap manis, air asam jawa, garam(sekiranye perlu) dan gula. kalau kicap dah terasa masin tak payah letak garam lagi.
selamat mencuba.
Subscribe to:
Posts (Atom)
related post
loading..
Labels
- AYAM (3)
- BENGKEL (2)
- daging (4)
- gulai (1)
- ikan (5)
- info (1)
- JAMU MATA (1)
- kambing (1)
- KEK (2)
- KELAS (47)
- kelas masakan (3)
- kuih-muih (2)
- kursus coklat (2)
- lauk baryani (1)
- LAUK HARIAN (12)
- makanan laut (2)
- mee (3)
- minum petang (3)
- nasi (6)
- nasi ayam segera (1)
- nasi lemak (1)
- pelbagai (2)
- pengumuman (3)
- petua nyaie (6)
- RESEPI (2)
- roti (1)
- sambal (2)
- sarapan (1)
- sate (1)
- telur (1)
- udang (1)