Followers

Thursday, July 15, 2010

rindu dapur ku..

rindunye ngan dapur ckretresepi..pasal sibuk ngan event sana sini sampai tak berasap dapur ckretresepi (tapi dapur umah berasap tau)..ni ada sajian yg paling mudah utk ibu2 yg paling sibuk dan yg penting paling sedap dimakan dengan nasi panas2..
"gorengan" ikan susu (ikan lain pun bole)

senang je..

bole guna ikan apa2 cth ikan kembung, selar, tamban, ikan masin, ikan siakap pun bole..
cili merah dan hijau 2-3 bj - hiris (kalau nak pedas pakai le cili api)
bawang besar 1 bj -mayang
sikit garam dan gula

gaul ikan dgn garam, kunyit dan lada hitam (ikut suka). goreng ikan sampai garing seperti biasa.
tepikan. tinggalkan sikit minyak goreng ikan dlm kuali. tumiskan cili dan bawang. tak payah layu sgt. perisakan sikit garam dan gula. tuang atas ikan goreng tadi.
selamat mencuba..

Sunday, July 4, 2010

lari tajuk sikit..

jgn terkejut ye..bukan kita nak makan DR Azizan. akak nak promo sikit tentang kelebihan attend ke mini seminar "Hidup Luar Biasa"..minggu ni adalah minggu terakhir road tour program ni dan tak tau bila lagi DR akan buat. so, kalau rasa nak ubah hidup dari yg "biasa-biasa" kepada "Luar Biasa"..cth dari "window shopping"(tengok tapi tak beli2) ke "everyday shopping"(nak beli apa pun bole)..jom ikut serta.

minggu ni diadakan pd 6/7 di Batu Pahat, 7/7 di Melaka dan LAST di JB 11/7. tempahan tiket bole di buat dgn menghubungi akak 0197419658 atau suami akak 0197550154. tempat sgt,sgt,sgt terhad..

percayalah..!! kalau tak kita yg ubah kehidupan kita, siapa lagi nak tolong ubah..dan akak dah merasakan perubahan itu dan sekarang hidup lebih kaya dan berjaya..

Saturday, July 3, 2010

lagi gambar yg dah lama simpan..

ni roti rangup..tah nape tiba2 je tekak rasa nak makan sesuatu yg manis tapi rangup..
kalau bakar lama lagi rangup..resepinye senang je..

roti putih 3-4 slice (gunting ikut suka)
3 bj telor
3 sudu tepung gandum
1 sudu tepung beras
gula secukup rasa dan sikit je garam untuk naik rasa
susu cair atau santan 1 cawan
air kosong 1 cawan
vanilla atau pandan untuk perasa..
masuk telor, tepung2, susu cair atau santan, air,garam, gula, perasa dlm blender. blen sampai sebati. roti yg dah gunting susun dlm loyang(bukan loyangkuih leen ye) tuang adunan atas roti. ratakan dan bakar rangup..

selamat mencuba..

part hias menghias akak memang kureng, menang cik mat gebu agi..

gambar bistik kambing..

ni le bistik kambing yg dibuat aritu..
dah try ke lum resepi tu..??

Tuesday, June 29, 2010

pc meragam..

dah seminggu pc ni meragam tak bole download gambar dari kamera untuk nak masuk gambar lauk pauk nak di buat N3..kat sini akak bagi resepi dulu..bilapc dah ok akak masuk gambar plak..

kambing bistik

1kg daging/tulang kambing(rebus empuk dulu)
2 pokok daun ketumbar
3 btg serai (sebatang ketuk,2 kisar)
2 bj bawang besar(kisar)
6 ulas bawang putih(kisar)
sedikit lengkuas dan halia(sikit je tau)
cili kisar 2 sudu
lada hitam kisar
satu sudu ketumbar dan 2 jintan tu. kisar.

sos tomato 4 sudu
sos tiram 2 sudu
kicap 2 sudu

cara2
tumis bahan kisar masukan semua sos. masuk daging/tulang yg dah direbus empuk. masuk daun ketumbar. masak hingga pekat. tambah garam dan gula.

kalau nak letak rempah tumis pun bole..makan ngan roti pun sedap. selamat mencuba..

Tuesday, June 22, 2010

pengumuman..!!

Buat pengetahuan sume..bermula julai ini, kelas masakan akan dibuat atas permintaan sahaja sbb akak terlibat dalam satu projek mega yg akan diberitahu kemudian. Projek tu atas sokongan seorg chef terkenal..TUNGGUUU..so.. sekiranye ada permintaan untuk kelas, call untuk arrange masa dan tarikh yg sesuai untuk buat kelas..walau bagaimana pun menu dan gambar masakan terkini tetap akan menemani anda sume..harap maklum.

nasi ayam fathers day..


fathers day aritu ingat nak masak special sikit tapi malas lak nak kuar cari bahan..sudahnye yg menjadi nasi ayam yg mudah ni je..anak2 ngan bapak dia memang suka nasi ayam. percaya atau tak, nasi ayam kali ni tak letak bawang besar pun sbb kehabisan tapi menjadik gek..resepi dibawah..
nasi ayam asal buleh
1 ekor ayam
1 inci halia
3 ulas bawang putih
kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih
hiris je halia, bawang putih..rebus dengan ayam bahan kat atas tadi. air rebusan biar lebih sikit.
satu mangkuk beras
satu mangkuk air rebusan ayam
garam sikit jek
masak nasi mcm biasa
ayam yg rebus tadi tambah kunyit dan garam sikit dan goreng..
sos
1 biji tomato
2 biji bawang putih
6 biji cili merah
garam, gula, air asam jawa
kisar semua dan rasakan
selamat mencuba..

Monday, June 14, 2010

Thursday, June 10, 2010

apa khabar......

terlebih dahulu akak nak mintak maap bebanyak sbb dah lama tak update blog. walaupun gitu masih tak putus2 blog yg tak seberapa ni terima kunjungan dari yg minat..terima kasih bebanyak..oleh itu sebagai penghargaan dari akak kali ini akak akan kongsi satu resepi turun temurun keluarga akak. nak tau jom tengok.......

sambal goreng ni kalau time raya wajib ada kat umah. malah sebulan sekali mesti buat lawan dengan nasi ambeng. kalau makan ketupat takde sambal goreng ni tak syok......

sambal goreng jawa.

bahan2
tahu, tempe, kentang, kacang panjang, perut lembu @ babat dan tetel (rebus hingga empuk dulu).
semua dicincang kecil dan digoreng dulu kecuali kacang panjang.

bahan tumis
cili hijau, cili merah, cili api kalau suka pedas, bawang besar, bawang putih, halia, ikan bilis kopek,
hiris ikut suka.

bahan utama
kicap manis, air asam jawa, garam, gula.

untuk bagi menarik
tahu kering dan soon. rendam dan gunting.

cara2
tumis bahan untuk tumisan hingga naik bau. kemudian masukan kacang panjang yg dihiris tu. goreng kejap pastu baru masukan bahan yg digoreng. kacau sebati. jgn lupa tahu kering dan soon. last masukan kicap manis, air asam jawa, garam(sekiranye perlu) dan gula. kalau kicap dah terasa masin tak payah letak garam lagi.
selamat mencuba.

Monday, May 24, 2010

kelas untuk musim cuti sekolah....


dah lama tak makan mee kari. aritu sume bahan memang yg ado kat dapur, so jadi le....tak sampai 1/2 jam dah siap.

untuk musim cuti sekolah ni mari kita buat aktiviti yg sihat. jom sertai kelas akak sbb banyak tips2 dan free gift yg akan anda dapat untuk dibawa pulang.....untuk jadual sila rujuk ruangan sebelah......tq.

related post

Labels